Patah tulang rusuk
Patah tulang rusuk

Patah tulang rusuk

Patah tulang rusuk merujuk kepada kepatahan di tulang rusuk.[1] Ini biasanya mengakibatkan sakit dada yang teruk ketika tarik nafas.[1] Lebam mungkin berlaku di tapak pematahan.[3] Apabila beberapa tulang rusuk patah di beberapa tempat, dada tergapai akan terhasil.[4] Komplikasi yang berpotensi termasuk pneumotoraks, lebam paru-paru dan radang paru-paru.[2][1]Patah tulang rusuk biasanya berlaku akibat pukulan terus ke dada seperti semasa perlanggaran kenderaan bermotor atau akibat kecederaan remuk.[2][1] Batuk atau kanser metastatik juga boleh mengakibatkan patah tulang rusuk.[1] Tulang rusuk tengah paling kerap patah.[5][1] Patah tulang rusuk pertama atau kedua lebih cenderung dikaitkan dengan komplikasi. [6] Diagnosis boleh dibuat berdasarkan simptom dan disokong oleh pengimejan perubatan.[3]Kawalan kesakitan ialah bahagian penting dalam rawatan.[7] Ini mungkin termasuk penggunaan parasetamol (asetaminofen), NSAID atau opioid.[2] Sekatan saraf mungkin satu pilihan lain.[1] Walaupun tulang rusuk yang patah boleh dibalut, ini boleh meningkatkan komplikasi.[1] Bagi mereka yang mengalami dada tergapai, pembedahan boleh meningkatkan hasil.[8][9] Ia merupakan kecederaan biasa selepas trauma.[10]

Rujukan

WikiPedia: Patah tulang rusuk https://web.archive.org/web/20171013013051/https:/... https://books.google.com/books?id=aW0zkZl0JgQC&pg=... https://web.archive.org/web/20171013013053/https:/... https://books.google.com/books?id=rpoH-KYE93IC&pg=... https://doi.org/10.1016%2FS0749-0704(03)00098-8 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/14979330 https://doi.org/10.1093%2Fbjaceaccp%2Fmkv011 https://escholarship.org/content/qt2b3582ws/qt2b35... https://doi.org/10.1016%2Fj.annemergmed.2017.04.01... https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28559032